VIDEO - Tiga lelaki curi 10 beg simen diburu polis


Tiga lelaki curi 10 beg simen diburu polis

“Beg simen yang hilang itu diletakkan di luar premis yang berhampiran dengan jalan raya. Siasatan mendapati, pemilik premis mengalami kerugian sebanyak RM185 selepas 10 beg simen itu dicuri,” katanya


KOTA BHARU – Seorang peniaga menjual perkakasan rumah mengalami kerugian sebanyak RM185 selepas 10 beg simen yang diletakkan di hadapan premisnya di Kampung Parit Limbat, Pasir Tumboh di sini hari ini dikebas pencuri.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd. Suhaimi Ali berkata, pemeriksaan menerusi sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di premis itu mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 5 pagi tadi.

Menurutnya, tiga orang lelaki yang terlibat dalam kecurian itu telah memunggah 10 beg simen ke dalam sebuah kereta jenis Proton Saga.

“Pemilik premis itu yang berusia 25 tahun menyedari beg simen itu hilang semasa membuka perniagaannya kira-kira pukul 7 pagi tadi.

“Beg simen yang hilang itu diletakkan di luar premis yang berhampiran dengan jalan raya. Siasatan mendapati, pemilik premis mengalami kerugian sebanyak RM185 selepas 10 beg simen itu dicuri,” katanya

Mohd. Suhaimi memberitahu, polis sedang mengesan tiga suspek itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Terdahulu, tular di Facebook video rakaman CCTV berdurasi kira-kira 1.07 minit yang memaparkan tiga orang lelaki sedang memunggah beg simen ke dalam sebuah kereta di hadapan sebuah premis.

Selepas mencuri, ketiga-tiga suspek terus beredar dari premis tersebut dengan menaiki kereta berkenaan tanpa rasa bersalah.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE