VIDEO - Wanita maut langgar tong sampah PBT


Wanita maut langgar tong sampah PBT

"Dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 malam, Nurul Fazira Abdullah,21, meninggal dunia di lokasi kejadian. Sementara, pembonceng motosikal yang juga rakannya, Elyana Nur Fatihah Helmie Shahril, 13, cedera di bahagian tangan"

KLANG – Seorang pelayan restoran maut selepas motosikalnya ditungganginya melanggar tong sampah milik sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) yang diletakkan di bahu jalan di Jalan Kampung Delek di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 malam, Nurul Fazira Abdullah,21, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sementara, pembonceng motosikal yang juga rakannya, Elyana Nur Fatihah Helmie Shahril, 13, cedera di bahagian tangan.

Insiden tular di laman sosial Facebook menerusi video dari kamera papan pemuka sebuah kenderaan berdurasi 36 saat.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Modenas dinaiki kedua-dua mangsa dalam perjalanan ke Kampung Delek dari Jalan Sungai Undang.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggangi mangsa telah berlanggar dengan tong sampah milik sebuah PBT yang berada di bahu sebelah kiri jalan.

“Ini menyebabkan motosikal itu gagal dikawal sebelum terbabas di atas jalan raya dengan Nurul Fazira meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.




Jelas beliau, kedua-dua mangsa termasuk yang cedera kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk tindakan lanjut.

Hoong Foong menegaskan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE