Wanita parah langgar lori telur


Wanita parah langgar lori telur

"Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kenderaan Perodua Myvi yang dipandu wanita terbabit masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh lori yang dipandu seorang lelaki berusia 36 tahun."


TAPAH - Seorang wanita mengalami kecederaan parah selepas kereta dinaiki merempuh sebuah lori muatan telur ayam di KM62 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, di sini pada Rabu.


Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian berlaku pada jam 6.50 pagi melibatkan dua kereta dan sebuah lori.


Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kenderaan Perodua Myvi yang dipandu wanita terbabit masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh lori yang dipandu seorang lelaki berusia 36 tahun.


"Sebuah lagi kenderaan Proton Saga yang dipandu seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) turut terlibat dalam kemalangan tersebut kerana tidak sempat mengelak lori berkenaan.


"Pemandu lori dan kereta Proton Saga tidak mengalami sebarang kecederaan manakala mangsa wanita cedera parah di bahagian kepala dan pinggang akibat kemalangan itu," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.


Beliau berkata, mangsa yang parah itu kemudiannya dihantar ke Hospital Tapah sebelum dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan lanjut.


Sementara itu, Wan Azharuddin berkata, akibat kemalangan itu juga, Perodua Myvi dipandu wanita berusia 21 itu mengalami kerosakan teruk pada bahagian hadapan manakala lori berkenaan juga mengalami kerosakan pada bahagian sama termasuk muatan yang turut rosak.


Menurutnya, bagaimanapun kereta Proton Saga mengalami kerosakan pada di bahagian bampar dan bonet sebelah kiri.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE