Dua sahabat bunuh gelandangan berdepan tali gantung


Dua sahabat bunuh gelandangan berdepan tali gantung

"Dua sahabat berdepan hukuman gantung selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang gelandangan"

MELAKA – Dua sahabat berdepan hukuman gantung selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang gelandangan, bulan lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Muhammad Aliff Daniel Ong Abdullah dan Joel V. Michael Louis yang berusia 20 tahun selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa secara bersama-sama telah melakukan bunuh sehingga menyebabkan kematian Mohd. Eddie Hafiez Yusof, 42.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan kedai di Jalan Persisiran Bungai Raya, dalam daerah Melaka Tengah di sini di antara pukul 1 pagi hingga 3.45 pagi, 15 Mac lalu.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman mati mandatori mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri memohon tarikh sebutan semula bagi serahan laporan bedah siasat.

Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, mahkamah menetapkan tarikh 26 April ini untuk serahan laporan bedah siasat.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE