Isteri tikam suami


Anggota tentera maut, ditikam isteri

"Menurutnya, suspek mulanya menggertak mangsa menggunakan sebilah pisau jenis pemotong sayur sebelum dipercayai tertikam paha kiri mangsa menyebabkan berlaku pendarahan yang banyak."


KOTA SAMARAHAN, SARAWAK: Seorang anggota tentera maut dipercayai akibat ditikam isterinya di kediaman mereka di Kem Penrissen di sini, malam Isnin.
Mayat mangsa yang berusia 28 tahun itu telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik HUS untuk tindakan selanjutnya.

"Manakala suspek yang berusia 24 tahun ditahan di lokap Balai Polis Kota Samarahan untuk siasatan lanjut," katanya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan sebagai kes bunuh.

"Turut dirampas ialah sebilah pisau pemotong sayur dan pakaian suspek semasa kejadian," katanya.

Pasangan terbabit difahamkan mempunyai seorang anak. Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Sudirman Kram berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada pergaduhan di antara mangsa dan isterinya iaitu sekitar jam 10.30 malam.

Menurutnya, suspek mulanya menggertak mangsa menggunakan sebilah pisau jenis pemotong sayur sebelum dipercayai tertikam paha kiri mangsa menyebabkan berlaku pendarahan yang banyak.

"Mangsa kehilangan banyak darah dan telah dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan.

"Bagaimanapun, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di HUS," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini. Sudirman turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE