Kena kecam, tapi trending no 1


Muzik Video Aliff Syukri Trending no 1 di Youtube walaupun dikecam teruk oleh netizen

"Aku tak paham netizen ni kutuk ke sokong"


Cyberjaya: Usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman meminta semua pihak tidak mengaitkan ahli keluarganya dalam isu video Aidilfitri mencolok mata yang dilakonkannya baru-baru ini.


Beliau juga turut memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan tindakannya itu.


"Saya memohon maaf kepada masyarakat yang tersinggung dengan lagu, video dan saya nak minta maaf banyak-banyak.


"Saya memohon supaya jangan babitkan keluarga saya, mak saya. Mak saya sedang mengerjakan umrah.


"Jangan salahkan isteri saya kerana dia tidak bersalah. Jangan salahkan bonda, bonda tidak bersalah," katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di sini, hari ini.


Terdahulu, Aliff Syukri yang tiba di SKMM pada jam 9.58 pagi hari ini, memberi keterangan hampir lima jam bagi membantu siasatan berhubung klip video muzik sempena Aidilfitri yang dikaitkan dengan unsur bertentangan norma dan budaya tempatan.


Aliff Syukri berkata, beliau berterima kasih kepada SKMM dan beliau sudah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.


Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, semalam dilaporkan berkata, satu kertas siasatan dibuka mengikut seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung video berkenaan.


Penayangan video berkenaan melalui media sosial mendapat kecaman ramai pihak berikutan ia memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut dengan tarian mencolok mata.


Ini bukan kali pertama Aliff Syukri terpalit dengan kontroversi berikutan beliau pernah tampil dengan satu klip video muzik bertajuk 'Bobo di mana?' pada 2018 yang memaparkan dua individu transgender berpakaian mencolok mata.


Tindakan itu turut mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk ibunya sendiri, juga seorang usahawan, Rozita Ibrahim.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE