Komponen motosikal dicuri, juruteknik berputih mata


Komponen motosikal Honda RSX dicuri, juruteknik berputih mata

"Kawasan parkir juga jauh dari jalan besar dan tempat pengadu meletakkan motosikal juga tidak mempunyai lampu serta gelap pada waktu malam," katanya.


PUTRAJAYA - Seorang juruteknik terpaksa berputih mata selepas komponen motosikal miliknya bernilai RM2,500 dicuri di tempat letak kereta sebuah kuarters kerajaan, Presint 18, di sini.


Ketua Polis Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, kejadian itu disedari mangsa ketika hendak keluar bekerja pada pagi Selasa.


"Pada Isnin jam 5.45 petang, mangsa meletakkan motosikal jenis Honda RSX 150 berwarna biru di parkir pangsapuri tersebut dalam keadaan baik dan kunci tambahan," katanya.


Menurutnya, komponen yang didapati hilang adalah set cover motosikal, starter enjin, lampu hadapan dan belakang, lampu signal depan dan belakang serta mudguard.


"Lawatan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) ataupun kawalan pengawal keselamatan di kawasan tempat parkir dan tiada saksi," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.


Beliau berkata, pihaknya mendapati tiada saksi bebas yang melihat kejadian berlaku.


"Kawasan parkir juga jauh dari jalan besar dan tempat pengadu meletakkan motosikal juga tidak mempunyai lampu serta gelap pada waktu malam," katanya.


A Asmadi berkata siasatan berhubung kes tersebut diteruskan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.


Awal pagi ini seorang pengguna Facebook memberi peringatan kepada penduduk Putrajaya selepas komponen motosikal abangnya dikebas pencuri.


"Kejadian pagi tadi Bawah blok perumahan penjawat awam Presint 18R13," tulisnya.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE