Pekerja pasar raya maut dirempuh treler


Pekerja pasar raya maut dirempuh treler

"Motosikal mangsa yang hilang kawalan terbabas masuk ke laluan treler menyebabkan mangsa terjatuh dan dilanggar treler berkenaan," katanya


KEMAMAN - Seorang pekerja di sebuah pasar raya maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan sebelum terjatuh dan dirempuh sebuah treler di Kilometer 137 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Kijal di sini, pada Isnin.


Kejadian berlaku sekitar jam 9.40 pagi itu menyebabkan mangsa, Nur Qasrina Abdul Kassim, 27, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.


Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, mangsa yang berasal dari Kampung Baru Bukit Teruna, di sini, menunggang motosikal dari arah Kemasik, menghala ke Bandar Chukai sebelum terlibat nahas itu.


Katanya, mangsa dilanggar treler jenis Scania dipandu lelaki berusia 34 tahun yang turut menghala ke arah sama.


"Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa hilang kawalan selepas motosikalnya ditunggangnya tergelincir disebabkan bahu jalan tinggi dan baru diturap tar.


"Motosikal mangsa yang hilang kawalan terbabas masuk ke laluan treler menyebabkan mangsa terjatuh dan dilanggar treler berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, pada Isnin.


Menurut Hanyan, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.


Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE