VIDEO - Kerana hutang RM 600, 'Ah Long' halang jenazah dikebumikan


Kerana hutang RM 600, 'Ah Long' halang jenazah dikebumikan

“Ah Long kemudian bertindak memegang badan jenazah dan menghalang untuk jenazah diuruskan,” katanya. 

SULAWESI: Sebuah video tular dalam media sosial selepas jenazah seorang lelaki berusia 39 tahun ditahan oleh ah long di Kampung Bontoloe, Sulawesi Selatan. 


Mayat mangsa, Rusli Daeng Sutte, 39, dihalang daripada dimandikan kerana masih mempunyai hutang yang tertunggak. 


Difahamkan, pemungut hutang itu merupakan sepupu kepada lelaki itu. 

Ketua Kampung Bontole, Kardi Situju menjelaskan insiden tersebut berlaku Isnin lalu, apabila seorang wanita datang ke rumah sepupunya yang merupakan isteri arwah di kampung ini.  


“Tujuan wanita itu datang kerana mahu mengutip hutang dan ketika itu, jenazah sedang dimandikan.


“Ah Long kemudian bertindak memegang badan jenazah dan menghalang untuk jenazah diuruskan,” katanya. 


Kardi berkata, sebilangan penduduk dan kenalan terdekat mangsa cuba memujuk ah long tersebut supaya jenazah dikebumikan terlebih dahulu dan baru dibincangkan mengenai soal hutang.  






“Ketika itu, berlaku kekecohan dan tidak lama selepas itu, sepupu mangsa yang lain datang melangsaikan hutang tersebut. 


“Hutang tersebut berjumlah dua juta rupiah (RM600), tetapi isteri mangsa memaklumkan suaminya hanya meminjam 500,000 rupiah (RM150),” katanya.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE