VIDEO - Wanita 20an maut selepas terjun bangunan

Wanita 20an maut selepas terjun bangunan

"Orang awam cuba selamatkan wanita itu dengan membentangkan kain untuk sambut mangsa namun gagal"


INDIA - Tular satu video memaparkan beberapa anggota unit penyelamat cuba memujuk seorang wanita berusia dalam linkungan 20-an yang cuba terjun dari bangunan setinggi 40 kaki. 

Setelah gagal memujuk wanita tersebut daripada melupakan hasratnya untuk terjun, beberapa anggota unit penyelamat bergegas turun ke bawah untuk membentangkan kain bersama orang awam untuk menyelamatkan wanita itu. 

Wanita itu walaubagaimanapun nekad dan terus terjun dari bangunan sebelum terjatuh di atas bentangan kain yang disediakan orang awam dan unit keselamatan. 

Kesan daripada insiden itu,wanita tersebut mengalami cedera parah sebelum dikejarkan ke hospital. 




Wanita itu dilaporkan meninggal dunia di hospital akibat daripada kecederaan serius pada organ-organ penting dan juga pada bahagian kepala. Motif kejadian masih dalam siasatan - Agensi

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE