Bayi perempuan kritikal, termakan racun


Bayi perempuan kritikal, termakan racun


“Saya kemudian mengambil penyapu untuk menyapu tumpahan tersebut sebelum nampak anak saya dalam keadaan gelisah dan tidak selesa seperti ingin memuntahkan sesuatu dari mulutnya,” katanya


ALOR SETAR – Seorang bayi perempuan berusia setahun dilaporkan kritikal selepas dipercayai termakan racun ketika pulang beraya di rumah neneknya di Taman PKNK di sini semalam.


Bayi tersebut, Ku Nur Khayla Ku Muhammad Shukri kini dirawat dan terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.


Ibu mangsa, Nur Hidayah Azman, 28, berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah hari ketika dia sedang sibuk mengemas perkakasan rumah ibunya yang akan berpindah sebelum ternampak satu bekas berisi serbuk putih tanpa label tumpah di lantai.


“Saya kemudian mengambil penyapu untuk menyapu tumpahan tersebut sebelum nampak anak saya dalam keadaan gelisah dan tidak selesa seperti ingin memuntahkan sesuatu dari mulutnya,” katanya di sini hari ini.


Katanya, melihat keadaan anaknya itu, suaminya, Ku Muhammad Shukri Ku Bide, 31, mengesyaki Ku Nur Khayla keracunan akibat termakan serbuk putih tersebut lantas mengambil anak mereka untuk mencuci mulutnya.


“Bagaimanapun ketika sedang mencuci mulutnya, saya dapati tubuh anak saya semakin lemah dan terus bawanya ke klinik berdekatan, namun pihak klinik meminta kami bawa dia ke hospital,” ujarnya.


Kredit : KOSMO! ONLINE


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE