Da'i Syed bebas pertuduhan setubuh luar tabii, cabul penuntut kolej


Da'i Syed bebas pertuduhan setubuh luar tabii, cabul penuntut kolej

"Saya bersetuju dengan hujahan peguam, kes ini DNA, tertuduh dilepas dan dibebaskan mengikut Seksyen 254(3) Kanun Tatacara Jenayah bagi kedua-dua kes, wang jaminan (RM25,000) dikembalikan," katanya.


PETALING JAYA - Pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful dilepas dan dibebaskan (DNA) oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas dua pertuduhan kes bersetubuh secara luar tabii serta mencabul seorang penuntut kolej swasta berusia 22 tahun, dua tahun lalu.


Hakim Jamaludin Mat membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Syed Amirul Syed Edros supaya kes berkenaan diberi perintah DNA.


"Saya bersetuju dengan hujahan peguam, kes ini DNA, tertuduh dilepas dan dibebaskan mengikut Seksyen 254(3) Kanun Tatacara Jenayah bagi kedua-dua kes, wang jaminan (RM25,000) dikembalikan," katanya.


Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal, 27, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas satu pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap wanita berumur 22 tahun, di rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana di sini, antara 3 hingga 4 pagi, 17 Oktober 2020.


Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.


Sementara itu, pada tarikh sama di Mahkamah Majistret di sini, Syed Shah Iqmal turut didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan maksud untuk mencabul kehormatannya, pada tarikh dan lokasi sama.


Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.


Pada 19 Mac 2021, Mahkamah Majistret membenarkan dua kes yang dihadapi Syed Shah Iqmal dipindahkan ke Mahkamah Sesyen, untuk dibicarakan bersama.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE