Maut dalam perjalanan ke sekolah

Maut dalam perjalanan ke sekolah

"Apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RS150 disyaki telah mengabaikan lampu isyarat berwarna merah dari arahnya dan bergerak terus lalu melanggar bahagian kanan sebuah lori jenis Isuzu yang datang dari arah simpang kiri."

Seremban: Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Sikamat, di sini, maut selepas motosikal ditungganginya terbabit dalam kemalangan jalan raya di persimpangan empat lampu isyarat Jalan Tunku Kursiah, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, kemalangan jam lebih kurang 8.45 pagi ketika pelajar berusia 17 tahun itu dalam perjalanan dari arah pusat bandar menuju ke arah Sikamat.

"Apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RS150 disyaki telah mengabaikan lampu isyarat berwarna merah dari arahnya dan bergerak terus lalu melanggar bahagian kanan sebuah lori jenis Isuzu yang datang dari arah simpang kiri.

"Akibat pelanggaran itu, mangsa cedera parah di bahagian kepala telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) bagi pengendalian bedah siasat," katanya di sini, hari ini.




Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Siasatan lanjut mengenai kemalangan itu masih dijalankan," katanya.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE