Niat baik dibalas dengan kejahatan


Niat baik dibalas dengan kejahatan

"Lelaki berkenaan meminta air untuk minum dan menyatakan mahu menggunakan tandas. Menurutnya, pemilik rumah yang membenarkan lelaki itu untuk menggunakan tandas terkilan apabila dia cuba memasuki bilik tidur ahli keluarga."

Kota Tinggi: Niat baik pemilik rumah membenarkan seorang lelaki memasuki rumah untuk minum air mendatangkan masalah apabila lelaki berkenaan bertindak agresif dan mencederakan dua ahli keluarga.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Hussin Zamora berkata, dalam kejadian pagi semalam, rumah mangsa di Felda Bukit Easter didatangi lelaki tidak dikenali.

Beliau berkata, lelaki berkenaan meminta air untuk minum dan menyatakan mahu menggunakan tandas.


Menurutnya, pemilik rumah yang membenarkan lelaki itu untuk menggunakan tandas terkilan apabila dia cuba memasuki bilik tidur ahli keluarga.

Katanya, ketika cuba menghalang perbuatan berkenaan, suspek bersikap agresif dan mencederakan dua penghuni rumah berkenaan menggunakan parang.


"Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan ringan dan mendapatkan rawatan di bahagian pesakit luar sebuah hospital berhampiran.

"Suspek juga mengalami kecederaan apabila penduduk kampung mengambil tindakan sebelum diserahkan kepada polis.


"Suspek turut dirujuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan," katanya.

Hussin berkata, suspek didapati dalam dalam keadaan khayal iaitu dipercayai di bawah pengaruh dadah.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, tiada unsur samun dan suspek yang 30 tahun didapati menggunakan parang milik pemilik rumah berkenaan.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata tajam (parang).

"Kami menasihati orang ramai supaya menghubungi balai polis berhampiran sekiranya ada individu tidak dikenali berlegar-legar di kawasan perumahan dan dalam keadaan mencurigakan.

"Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak bertindak sendiri dan mematuhi undang-undang ditetapkan," katanya ketika dihubungi hari ini.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE