Remaja Perempuan maut, Hidu Semburan Deodoran Untuk Lawan Keresahan



Remaja Perempuan maut, Hidu Semburan Deodoran Untuk Lawan Keresahan


"Difahamkan, badan remaja tersebut dipenuhi dengan kesan lebam yang menandakan bahawa dia mengalami serangan jantung."



Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ditemui meninggal dunia di dalam bilik tidurnya dengan tin semburan deodoran yang berada di sampingnya.


Memetik laporan The Sun, remaja itu dipercayai telah menghidu aerosol yang terkandung di dalam deodoran tersebut.


Mangsa yang merupakan seorang atlet berbakat dan seorang pelajar yang pintar dikatakan bergelut dengan masalah keresahan terutamanya ketika wabak pandemik COVID-19 yang lalu melanda dunia.


Ibunya percaya bahawa remaja tersebut mati mengejut kerana menghidu deodoran yang mempunyai kesan sampingan.


Difahamkan, badan remaja tersebut dipenuhi dengan kesan lebam yang menandakan bahawa dia mengalami serangan jantung.


Remaja itu sepatutnya pergi ke Mildura pada waktu tersebut untuk menikmati cuti hujung minggu sebelum memulakan persekolahan pada minggu berikutnya.


“Apabila saya bangun dari tidur, saya teringat padanya dan berharap agar dia kembali semula, namun perkara itu tidak mustahil akan berlaku lagi.


“Setiap hari adalah mimpi ngeri,” kata ibunya.



Tambahnya lagi, dia berkongsi kisah anaknya itu untuk memberi amaran kepada ibu bapa yang lain.


Sementara itu, ahli toksikologi klinikal di Pusat Maklumat Racun NSW, Dr Ingrid Berling berkata beliau telah menemui bukti yang membimbangkan mengenai peningkatan penggunaan semburan deodoran dalam kalangan remaja di sana.


Menurutnya, hasil daripada menghidu semburan itu berkemungkinan boleh membawa kepada kematian secara mengejut, seperti yang dialami remaja tersebut.


Walaupun ia jarang berlaku tetapi ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja pada bila-bila masa, tanpa mengira kekerapan penggunaan mereka.


Kesan negatif lain termasuklah sawan, loya dan muntah serta penggunaan yang berterusan boleh menyebabkan kerosakan otak.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE