Sumbang Mahram Sesama Sendiri, Keluarga ‘Pelik’ Ini Alami Muka Cacat, Masalah Bercakap & Genetik Rosak


Sumbang Mahram Sesama Sendiri, Keluarga ‘Pelik’ Ini Alami Muka Cacat, Masalah Bercakap & Genetik Rosak

Mengalami kecacatan muka yang teruk, pertuturan terbantut dan beberapa lagi masalah kesihatan yang lain, Keluarga Colt adalah bukti mengapa sumbang mahram adalah haram di sisi agama.


Menurut Daily Star, salah seorang ahli keluarga, Patrick Stubing ketika ini sedang berjuang untuk mengubah undang-undang berkaitan sumbang mahram di negaranya, Jerman.



Difahamkan, dia dikurniakan empat orang anak termasuk dua orang yang mengalami kecacatan fizikal (OKU) hasil ‘bersama’ dengan kakak kandungnya dan menegaskan bahawa itu adalah ‘cinta sejati’.


Bagaimanapun daripada perspektif awam, menyelami dunia pelik Keluarga Colts yang dianggap sesat sudah cukup meyakinkan sesiapa sahaja bahawa kempen Mr Stubing’s perlu dihentikan.


Pernah mengejutkan dunia

Bagi sesiapa yang tidak tahu, Keluarga Colt pernah mengejutkan dunia apabila mereka ditemui tinggal berhampiran kawasan pedalaman di Australia pada tahun 2012 yang lalu.


Memetik Daily Star, empat generasi sumbang mahram telah dihasilkan dalam keluarga ini. Mereka dipercayai telah melakukan hubungan terlarang itu sekurang-kurangnya seorang daripada ahli keluarga.



“Ditemui dalam kem belukar yang menjijikkan, tinggal di khemah dan pondok, terdapat 12 kanak-kanak dan kebanyakan mereka mengalami kecacatan di bahagian muka serta masalah pertuturan.


Colt hanyalah nama samaran

Di samping itu, ‘Colt’ sebenarnya hanyalah nama samaran yang digunakan oleh mahkamah New South Wales dan pihak berkuasa untuk memastikan identiti sebenar mereka kekal rahsia dan tidak diketahui umum.


Namun, pada tahun lalu, satu lagi butiran yang mengejutkan telah didedahkan pihak mahkamah selepas tempoh perbicaraan tamat. Bagaikan tidak percaya, ‘kitaran’ keluarga pelik ini bermula daripada si ayah.


Difahamkan, ketua keluarga, Tim tiba di Australia dari New Zealand bersama isterinya, June pada 1970 lalu. Mereka didakwa mempunyai lima orang anak perempuan dan dua lelaki, iaitu Martha, Frank, Paula, Cherry, Rhonda, Betty dan Charlie.


“Tim mula melakukan perkara sumbang mahram kepada anak perempuannya, Betty sejak umur 12 tahun dan dia sendiri merupakan bapa kepada 13 anak-anak Betty.


“Selain itu, Tim juga merupakan bapa kepada empat anak Rhonda (anak perempuannya) dan seorang daripada cucunya, Raylene.


“Betty baru tahu bahawa ibunya itu juga hasil dari hubungan sumbang mahram setelah ujian untuk derma buah pinggang kepada cucunya dikeluarkan,” lapor Daily Star.


Difahamkan juga, selepas kematian June pada tahun 2001 dan Tim pada 2009, Betty mula mengambil alih ‘klan’ (keluarga) itu yang hampir 40 orang dan kesemuanya terlibat dengan sumbang mahram.


Selain itu juga, kanak-kanak hanya dibenarkan sekolah apabila lawatan kebajikan diadakan dan sejak tahun 90-an, keluarga tersebut kerap kali berpindah untuk mengelak dari syak wasangka orang awam.


Bagaimanapun menurut Daily Star, selepas salah seorang daripada kanak-kanak itu dihalang rakan pelajar sekolahnya, pihak polis mula menjejaki keluarga pelik itu.


Seorang demi seorang ditahan polis

Pada 2018, seorang demi seorang ditahan. Abang dan kakak pertama, Martha dan Charlie – yang mendakwa berkongsi katil & memiliki anak bersama – telah ditangkap.


Dalam pada itu, Betty dan anak-anaknya, Derek dan Raylene; dua adiknya, Rhonda dan Frank serta anak Frank, Cliff juga turut ditahan ketika itu.


Difahamkan, ketika rumah dan ladang (kediaman mereka) yang menjijikkan itu ditemui, kanak-kanak tersebut masing-masing baru berusia antara lima hingga 12 tahun.


Ada antara kanak-kanak itu mengalami beberapa masalah seperti muka yang cacat, sukar untuk bercakap, buta huruf, bodoh – tidak tahu guna tisu tandas dan tidur bersebelahan baldi tahi dan air kencing.


Difahamkan juga, salah seorang kanak-kanak cacat dan sukar berjalan, serta alami psoriasis yang teruk. Ada yang mengalami masalah pendengaran dan penglihatan, malah ada juga yang mempunyai mata ‘tidak sejajar’ (pandangannya).


Manakala seorang gadis dalam keluarga pelik itu pula tidak dapat mendengar (pekak) dan menulis, mengalami masalah pertuturan terbantut dan tidak boleh mandi atau keringkan diri (mungkin daya fikiran lemah tidak mampu berfikir).


Setelah kes di mahkamah selesai, semua kanak-kanak malang itu dikeluarkan dan mahkamah turut menegaskan, ” Tiada kemungkinan yang realistik untuk memulihkan mana-mana kanak-kanak itu kepada keluarga mereka,”


Ketika itu, Betty dijatuhkan hukuman penjara 14 bulan selepas disabitkan empat pertuduhan sumpah palsu, serta satu (pertuduhan) berbohong di bawah sumpah dan satu lagi memutar belitkan kenyataan prosiding pendakwaan.


Selain itu, Betty akhirnya dipenjara sekali lagi untuk 12 bulan berikutnya selepas dituduh menculik dua anak lelakinya daripada ibu bapa angkat mereka. Dia rancang untuk membawa keluar anak itu, Bobby dan Billy tinggal di ladang buah di Australia.


Menurut Daily Star lagi, ahli keluarga lain seperti Martha, Rhonda, Raylene, Charlie dan sebagainya masing-masing turut berdepan nasib sama – dituduh dan dihukum penjara berdasarkan kesalahan yang hampir sama antara mereka.


Kini, pada tahun 2022, ramai kanak-kanak tersebut sudah pun menginjak dewasa. Mereka dikatakan menunjukkan peningkatan yang semakin baik tentang pengurusan dan kesihatan diri.


Namun difahamkan, mereka terpaksa menjalani rawatan khusus kerana sejarah tingkah laku seksual yang pernah berlaku dalam hidup mereka, selain turut mengalami masalah psikologi kerana trauma.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE