VIDEO - Dah cerai talak 3, Bekas suami diserang strok dan rayu rujuk semula

Dah cerai talak 3, Bekas suami diserang strok dan rayu rujuk semula

"Seorang wanita yang juga ibu kepada empat orang anak berkongsi kisah hidupnya apabila bekas suami merayu untuk kembali bersama setelah lelaki berkenaan diserang strok"


PETALING JAYA – Seorang wanita yang juga ibu kepada empat orang anak berkongsi kisah hidupnya apabila bekas suami merayu untuk kembali bersama setelah lelaki berkenaan diserang strok.

Menurut pemilik akaun TikTok, Mummy Nurnadhyaa, dia menggambarkan perjalanan hidupnya itu seperti drama ‘sinetron’ yang penuh dengan konflik dan emosi.

Katanya, kini kehidupannya lebih bahagia walaupun perlu membesarkan anak-anak seorang diri selepas diceraikan suami dengan talak tiga pada beberapa tahun yang lalu.

Bagaimanapun, baru-baru ini bekas suaminya itu kembali menghubunginya semula dan merayu untuk rujuk sebagai pasangan suami isteri.

“Kau lupa kau dah ceraikan aku talak tiga, sekarang kau dah strok satu badan baru nak ingat aku dan anak-anak,” katanya.

Bagaimanapun, rasa sakit daripada kejadian yang berlaku dahulu membuatkan wanita berkenaan tetap dengan keputusan hidupnya dan tidak akan bersama dengan lelaki tersebut lagi.

“Cukuplah ganggu anak-anak dengan aku, bagi mereka, kau dah lama ‘tiada’,” ujarnya.

Jelas pemilik akaun tersebut lagi, antara sebab dia enggan melepaskan anak-anaknya untuk bertemu bekas suaminya itu kerana selama hidupnya membesarkan empat orang anaknya,

Difahamkan, lelaki terbabit tidak pernah mengambil berat tentang kebajikan atau berjumpa dengan mereka.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi turut diberikan oleh orang ramai dan ada juga pengguna yang pernah melalui pengalaman sama seperti wanita tersebut.




“Bekas suami saya pun pernah gila talak, bila isteri baru dia tinggalkan dia ikut lelaki lain, merayu bersujud nak bersama semula, masa dia tengah seronok dengan perempuan lain, laju terus ceraikan saya dengan talak tiga,” luah Mastura.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!