VIDEO - Lelaki bersikap biadap kepada ‘insan istimewa’

Lelaki bersikap biadap kepada ‘insan istimewa’

"Tindakan seorang lelaki dipercayai pekerja salah satu syarikat kurier, J&T Express (J&T) secara tiba-tiba menyerang seorang ‘insan istimewa’ di sini hari ini menimbulkan kemarahan orang ramai dan netizen."

KUCHING—Tindakan seorang lelaki dipercayai pekerja salah satu syarikat kurier, J&T Express (J&T) secara tiba-tiba menyerang seorang ‘insan istimewa’ di sini hari ini menimbulkan kemarahan orang ramai dan netizen.

Menerusi video berdurasi sekitar 50 saat itu, tindakan lelaki tersebut menyerang lelaki kurang siuman berkenaan menggunakan mercun disifatkan sebagai biadab dan tidak berperikemanusiaan.

Dalam video itu juga turut menunjukkan lelaki pembuli itu cuba menakut-nakutkan mangsa dengan cubaan menumbuk dan mencucuknya menggunakan objek yang kelihatan seperti sebatang kayu.

Difahamkan, ramai sahabat termasuk ahli keluarga mangsa pantas mencari lelaki tersebut di tempat kerjanya setelah tular videonya menyerang insan istimewa yang dikenali sebagai Lan Aduk terbabit.

Lelaki berkenaan bagaimanapun kemudiannya meminta maaf kepada mangsa.





Sementara itu, laporan berhubung kejadian telah disahkan diterima pihak polis pada jam 5.36 petang tadi di Balai Polis Santubong manakala suspek telah ditahan bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, sidang media berkaitan kes tersebut juga akan diadakan pada esok hari oleh Ketua Polis Daerah (IPD) Kuching, ACP Ahsmon Bajah pada jam 10 pagi.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE