VIDEO - Pengawal keselamatan ceroboh bilik hotel ditahan



Pengawal keselamatan ceroboh bilik hotel ditahan berdepan hukuman penjara 3 tahun, denda RM 5,000


"Suspek berusia awal 20-an ditangkap sebaik perkara itu dimaklumkan kepada kami dan hasil ujian saringan yang dibuat mendapati lelaki itu positif dadah jenis methampethamine," katanya


Kota Bharu: Pengawal keselamatan ditahan kerana menceroboh sebuah bilik hotel di bandar Kota Bharu, di sini, yang dihuni satu keluarga, Khamis lalu.


Kejadian berlaku pada 10.30 malam apabila keluarga itu pulang ke bilik hotel selepas keluar pada petang hari yang sama dan mendapati pintu bilik mereka gagal dibuka.


Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, mangsa menghubungi pihak pengurusan dan memaklumkan mengenai perkara itu.


"Sebaik pintu berjaya dibuka, mereka mendapati seorang lelaki yang tidak dikenali berada dalam bilik terbabit.


"Suspek berusia awal 20-an ditangkap sebaik perkara itu dimaklumkan kepada kami dan hasil ujian saringan yang dibuat mendapati lelaki itu positif dadah jenis methampethamine," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Terdahulu tular satu video berdurasi 1.03 saat yang dimuat naik seorang individu memaparkan dakwaan seorang lelaki menceroboh masuk ke dalam bilik hotel.


Mohd Rosdi berkata, hasil semakan mendapati suspek memiliki tiga rekod lampau bersabit dadah.



"Suspek ditahan reman selama empat hari bermula semalam hingga 9 Mei dan kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan (KK) yang mana jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau keduanya sekali.


"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian dan jika mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan," katanya.



@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE