VIDEO - Tiga kereta‘melekat’seperti kembar siam gara-gara potong laluan trafik


Tiga kereta‘melekat’seperti kembar siam gara-gara potong laluan trafik

"Kejadian berlaku disebabkan kereta jenis BMW berkeras untuk memotong trafik tanpa menunggu kereta di belakang memberi laluan sehingga mengakibatkan kemalangan."

SINGAPURA – Tiga buah kereta dirakam melekat bersama seperti kembar siam dalam satu kejadian di Hougang Avenue, Singapura, lapor portal Mothership, semalam.

Rakaman melucukan itu tular apabila salah seorang pemilik kereta yang berada di hadapan ‘mangsa’ memuat naik video yang dirakam oleh kamera belakang kenderaanya.

Kejadian berlaku disebabkan kereta jenis BMW berkeras untuk memotong trafik tanpa menunggu kereta di belakang memberi laluan sehingga mengakibatkan kemalangan.

Akibatnya, ketiga-tiga kereta itu tersepit sebelah-menyebelah dan menghalang laluan jalan hingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

BMW itu dirakam terperangkap di antara Honda hitam dan Toyota putih.

Kenderaan lain di belakang ketiga-tiga kereta itu juga tidak dapat bergerak ke hadapan akibatnya.

Kemalangan itu berlaku selepas BMW itu memberi isyarat untuk ke lorong kiri kerana mahu bergerak terus di sepanjang Hougang Avenue 1.

Lorong kanan adalah untuk kenderaan yang membelok ke kanan ke Jalan Hougang 21.

Bahagian kanan Toyota putih itu terangkat seketika dari jalan berikutan perlanggaran dengan BMW.

Apabila ia badan kereta kembali bercantum dengan tayar, ia menyebabkan BMW itu melanggar Honda hitam lalu tersepit di antara dua kereta.




BMW kemudiannya tersepit kuat di antaranya.

Beberapa saat selepas ia tersepit, BMW cuba bergerak ke hadapan tetapi tidak dapat.

Honda hitam itu cuba bergerak ke kanan tetapi juga tersepit dan akhirnya terpaksa menunggu pihak berkuasa tiba untuk ‘meleraikan’ kenderaan masing-masing. – Agensi

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE