VIDEO - Wanita booking kotak parking dikecam

Wanita 'booking' kotak parking, halang kenderaan letak kenderaan dikecam

Tular satu video di sosial media hari ini memaparkan seorang wanita sedang berdiri di satu kotak tempat letak kereta dipercayai menunggu kenderaan kenalannya tiba.


Wanita itu tidak berganjak dan memberi isyarat bahawa tidak boleh parking di sini kerana kereta milik kenalannya akan tiba untuk letak kenderaan di situ apabila kenderaan lain cuba meletakkan kenderaan disitu.


Pemandu itu membunyikan hon beberapa kali supaya wanita itu beredar daripada kotak tempat letak kereta namun tidak diendahkan. 


Rata-rata netizen mengecam tindakan wanita itu kerana menghalang orang awam meletakkan kenderaan di kotak tempat letak kereta hanya kerana mahu mendapatkan parking. 


Mana-mana individu tidak boleh sesuka hari 'booking' kotak tempat letak kereta di kawasan umum kerana sesiapa saja bebas menggunakan tempat tersebut untuk meletakkan kenderaan. 




Menurut PDRM, Di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Bahagian ‘Gangguan dan desakan menyalahi undang-undang’ menyatakan seperti berikut:

“Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan.”

Dan di bawah Seksyen 119, penalti untuk kesalahan ini adalah denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga 6 bulan dan jumlah penalti serta tempoh hukuman penjara akan menjadi lebih bagi kesalahan berikutnya.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE