4 anggota polis direman kes rasuah, bekal dadah kepada tahanan lokap


4 anggota polis direman kes rasuah, bekal dadah,rokok,tembakau dan makanan kepada tahanan lokap

"Kesemua suspek juga dipercayai menerima upah antara RM600 hingga RM9,000 sepanjang kesalahan itu dilakukan."


Keempat-empat suspek berpangkat koperal dan lans koperal berusia antara 35 hingga 40 tahun itu direman selama tujuh hari.

Permohonan reman dibenarkan Majistret Mazana Sinin selepas mereka ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka ketika hadir memberi keterangan pada petang Selasa.

Kesemua suspek tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi diiringi pegawai SPRM dengan menaiki dua kenderaan dan memakai baju lokap berwarna jingga.

Difahamkan, mereka didakwa menerima suapan bagi membawa masuk barangan terlarang seperti rokok, dadah, tembakau dan makanan kepada tahanan dalam lokap tempat mereka bertugas.

Bayaran itu didakwa diterima daripada orang suruhan tahanan lokap yang dibuat melalui 20 transaksi secara tunai atau pindahan dalam talian di sebuah balai polis di daerah Alor Gajah antara 2019 hingga 2020.

Kesemua suspek juga dipercayai menerima upah antara RM600 hingga RM9,000 sepanjang kesalahan itu dilakukan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Mohd Shahril Che Saad ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM 2009.



@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE