Banjir Tahunan Yang Melanda Malaysia Boleh Jadi Tarikan Pelancong – Bekas Menteri

Banjir Tahunan Yang Melanda Malaysia Boleh Jadi Tarikan Pelancong – Bekas Menteri

"Banjir boleh membuka peluang negara untuk mempromosikan sektor pelancongan buat para sukarelawan dan perancangan awal mestilah dilakukan untuk menjadikan idea ini kepada realiti."


Bekas Menteri di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Nazri Aziz mendakwa banjir yang melanda Malaysia pada setiap tahun mempunyai potensi untuk menjadi tarikan pelancong.

Jelas beliau, Malaysia perlu mengambil peluang ini meskipun berada di dalam keadaan sukar, daripada bersedih di atas perkara yang tidak boleh dikawal seperti banjir.

Banjir boleh membuka peluang negara untuk mempromosikan sektor pelancongan buat para sukarelawan dan perancangan awal mestilah dilakukan untuk menjadikan idea ini kepada realiti.

“Jika anda tahu ia akan datang, rancang dari sekarang”

“Mungkin kita boleh ada pelancongan sukarelawan di mana orang ramai datang ke negara ini untuk menghulurkan bantuan, dan mereka bukan datang ke sini untuk berhibur, tetapi belajar juga”, jelas Nazri Aziz kepada sumber.

Tambah beliau, ini juga boleh menjadi permulaan hebat kepada sektor pelancongan yang mampu memberi pengalaman sebenar kepada pengunjung luar.

Selain daripada itu, Nazri berkata kejatuhan nilai wang ringgit juga boleh menjadi salah satu peluang kepada sektor pelancongan apabila pelancong asing boleh berbelanja di negara ini dengan banyak dan jimat.

Saat sukar buat negara adalah satu peluang kepada sektor pelancongan. Sebagai contoh, rata-rata warga Singapura hanya perlu berbelanja satu per tiga gaji mereka apabila singgah ke Malaysia.

“Apabila nilai mata wang kita jatuh, ini adalah peluang untuk kita mempromosikan sektor pelancongan negara kerana ia murah buat mereka”


“Warga Singapura akan datang kerana mereka hanya perlu berbelanja satu per tiga gaji dan buat mereka, hotel lima bintang di Malaysia adalah murah”, jelas Nazri Aziz.

Beliau mengulas demikian selepas ditanya mengenai pandangan semasa berkenaan banjir yang mempunyai potensi sebagai tarikan pelancongan. Sebelum itu, laporan Sinar Harian meramalkan banjir besar mungkin akan berlaku pada penghujung tahun ini.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE