Johnny Depp Menang Saman Fitnah RM65 Juta Terhadap Amber Heard


Johnny Depp Menang Saman Fitnah RM65 Juta Terhadap Amber Heard

“Bercakap benar adalah sesuatu yang saya perlu lakukan untuk anak-anak dan orang di sekeliling yang terus memberikan sokongan."- Johnny Depp


Selebriti terkenal Hollywood, Johnny Depp dilaporkan telah memenangi tuntutan saman terhadap bekas isterinya, Amber Heard selepas juri memutuskan bahawa artikel yang diterbitkan dalam The Washington Post pada 2018 adalah fitnah.


Memetik laporan Sky News, Depp telah mendapat sebanyak 15 juta dolar (RM65 juta) yang terdiri daripada pampasan ganti rugi 10 juta dolar (RM43 juta) dan ganti rugi punitif sebanyak 5 juta dolar (RM21 juta).


Pelakon Pirates of The Caribbean itu telah menyaman Heard sebanyak 50 juta dolar (RM219 juta) berhubung artikel yang diterbitkan dalam The Washington Post yang merujuk dirinya sebagai ‘Tokoh awam yang mewakili penderaan domestik’.


Walaupun ia tidak menyebut nama Depp tetapi ia dinyatakan sebagai ‘fitnah secara tersirat’ kerana artikel itu merujuk kepada dakwaan penderaan yang dibuat oleh Heard selepas mereka berpisah pada tahun 2016.


Manakala, Heard pula telah melakukan saman balas sebanyak 100 juta dolar (RM439 juta) berhubung kenyataan yang menggelar dakwaannya sebagai ‘tipu daya’ yang dibuat oleh peguam bekas suaminya.


 telah mendapat sebanyak 2 juta dolar (RM8.7 juta) untuk tuntutan tersebut.


Menurut laporan, tujuh orang juri telah membuat keputusan untuk memihak kepada Heard atas pertuduhan dalam saman balasnya itu.


Susulan kemenangan itu, Depp menerusi kemaskini di Instagram miliknya berkata bahawa matlamat untuk membawa kes ini ke mahkamah adalah untuk mendedahkan kebenaran tanpa mengira keputusannya.


“Bercakap benar adalah sesuatu yang saya perlu lakukan untuk anak-anak dan orang di sekeliling yang terus memberikan sokongan.


“Saya berasa tenang mengetahui bahawa saya akhirnya berjaya mencapainya,” katanya.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE