Kaki botol maut dipukul isteri


Kaki botol maut dipukul isteri

"Mangsa mati di tempat kejadian dengan lima kesan tetakan di belakang kepala, satu kesan lebam di badan, koyak di bibir dan bengkak di pipi," katanya


SHAH ALAM - Berang dengan tabiat kaki botol suaminya, seorang wanita nekad memukul pasangannya itu sehingga maut di kediaman mereka di Jalan Bahagia, Seksyen 25 di sini pada Jumaat.


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, wanita berusia 40 tahun itu dipercayai dibantu oleh adik lelakinya yang tinggal bersama mereka sejak enam bulan lalu.


"Mangsa berumur 42 tahun, bekerja sendiri dalam bidang pembersihan sekitar Shah Alam. Isteri mangsa bertindak memukul mangsa yang mabuk hingga rebah.


"Mangsa mati di tempat kejadian dengan lima kesan tetakan di belakang kepala, satu kesan lebam di badan, koyak di bibir dan bengkak di pipi," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.


Beliau berkata, pasangan berkenaan tinggal di rumah sewa bersama tiga anak berusia empat hingga 16 tahun serta adik lelaki suspek yang berusia 29 tahun.


"Suspek bekerja di sebuah kilang di Shah Alam manakala adiknya seorang pelajar kolej swasta ditahan kerana dipercayai bersubahat.


"Kes disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kedua-dua ssspek direman selama enam hari bermula Sabtu untuk siasatan lanjut," ujarnya.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE