Ker4t ibu 15, tak puas hati pembahagian harta pusaka


Ker4t ibu 15, tak puas hati pembahagian harta pusaka

"Suspek dan ibunya (mangsa) sudah tinggal di taman itu sejak 12 tahun lalu selepas kematian bapanya. Kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek kepada mangsa terhadap pembahagian harta pusaka.


Parit Buntar: Polis menahan seorang lelaki berusia 42 tahun susulan penemuan 15 potongan dag!ng menyerupai anggota badan manusia dalam tangki kumbahan di sebuah rumah di Taman Kerian, di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid berkata, terdahulu kira-kira jam 3.30 petang, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu sebelum sepasukan anggota dari bahagian siasatan jenayah dibantu Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak segera dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Hasil pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian menemukan cebisan dag!ng dipercayai anggota badan seorang wanita warga emas berusia 68 tahun.

"Susulan itu, pihak polis menahan seorang suspek lelaki berusia 42 tahun yang juga anak kepada mangsa. Kita (polis) turut merampas sebilah p4rang, dua pis4u dan barangan yang digunakan suspek untuk melakukan pembvnvhan itu," katanya dalam satu kenyataan media, lewat malam ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan suspek tidak berpuas hati dengan pembahagian harta pusaka peninggalan bapanya.

"Suspek dan ibunya (mangsa) sudah tinggal di taman itu sejak 12 tahun lalu selepas kematian bapanya. Kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek kepada mangsa terhadap pembahagian harta pusaka.

"Suspek kini ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE