Mesin permainan anak patung kanak-kanak termasuk kategori judi


Mesin permainan anak patung kanak-kanak termasuk kategori judi

“Ini adalah satu bentuk pertaruhan yang dilarang oleh syara’ iaitu satu pihak akan mendapat keuntungan dan satu pihak lagi akan kerugian."


SHAH ALAM - Mesin permainan anak patung kanak-kanak atau seumpama dengannya adalah termasuk dalam kategori perjudian iaitu al-Maisir.


Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, ia berikutan kerana terdapat pertaruhan melibatkan wang yang mana jika berjaya akan memperolehi barang di dalam mesin tersebut dan jika gagal akan kerugian wang berkenaan.


“Ini adalah satu bentuk pertaruhan yang dilarang oleh syara’ iaitu satu pihak akan mendapat keuntungan dan satu pihak lagi akan kerugian.


“Ia juga dilihat mempunyai unsur penipuan dan memperdayakan kanak-kanak untuk tujuan keuntungan,” katanya dalam hantaran di akaun Instagramnya pada Khamis.


Mengulas lanjut, beliau berkata, seorang muslim juga tidak boleh membantu menguruskan mesin perjudian seperti mesin permainan itu kerana ia termasuk memakan harta secara batil.


“Umat Islam di negeri Perlis hendaklah menjauhi daripada terlibat dengan permainan pertaruhan di mesin seumpama itu kerana ia termasuk dalam dosa besar,” ujarnya.




@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE