Murid tahun satu maut kereta merempuh lori


Murid tahun satu maut kereta merempuh lori

"Murid perempuan tahun satu maut manakala nenek dan bapa saudaranya cedera sejurus kereta Perodua Kancil dinaiki hilang kawalan sebelum merempuh lori "


Melaka: Murid perempuan tahun satu maut manakala nenek dan bapa saudaranya cedera sejurus kereta Perodua Kancil dinaiki hilang kawalan sebelum merempuh lori di Jalan Krubong Tampoi, di sini.

Dalam kejadian jam 8.15 pagi tadi, semua mangsa sedang dalam perjalanan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Cheng, di sini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Amran@Mohamad Zaki Omar berkata, mangsa, Nurul Qalisha Abdul Rahim, tujuh tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.


Menurutnya, berdasarkan siasatan rakaman video tular, polis mendapati kemalangan berlaku apabila kereta dinaiki mangsa dari arah Krubong hilang kawalan lalu berpusing masuk ke laluan bertentangan.

Beliau berkata, pada masa sama sebuah lori dipandu lelaki berusia 70 tahun dari arah Lebuh Alor Gajah - Melaka gagal mengelak sebelum merempuh kenderaan mangsa.

"Akibatnya mangsa kanak-kanak mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

"Bapa saudara mangsa, Fadzul Illahie Azmi, 29, yang memandu kereta mengalami luka di kepala manakala neneknya, Norsiah Puteh, 58, yang duduk di kerusi hadapan penumpang patah tangan," katanya memaklumkan kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Melaka (HM) untuk rawatan.

Beliau berkata, m4yat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik HM untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya.

Mengulas lanjut, Mohamad Zaki berkata, pemandu lori itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE