VIDEO - Anak mengamuk minta ibu dibelikan motor baru, malu dengan kawan-kawan yang dah ada motor


Anak mengamuk minta ibu dibelikan motor baru, malu dengan kawan-kawan yang dah ada motor

Tular satu video memaparkan seorang remaja bertindak agresif dengan membaling dan memecahkan barang-barang dalam rumah kerana berang ibunya tidak mampu membelikannya sebuah motorsikal baru. 

Ibu remaja tersebut yang hanya berniaga kuih-muih secara kecil-kecilan untuk menyara anaknya yang berusia 16 tahun turut terkena balingan tersebut di bahagian kepala. 

Penduduk setempat yang mendengar kekecohan itu segera menghentikan tindakan remaja itu daripada bertindak agresif. 

Saksi melihat rumah mereka sudah berselerak dan banyak barangan dalam rumah sudah pecah sebaik sampai di rumahnya. 

Ibunya yang menangis memujuk anaknya supaya bersabar namun tidak diendahkan anaknya. 

Menurut laporan bapa remaja tersebut telah lama bercerai dengan ibunya. Ibunya berniaga sendiri demi menyara hidup keluarganya. 

Setelah disoal siasat remaja itu malu dengan kawan-kawan kerana dia seorang sahaja yang tidak mempunyai motor baru demi mengejar trend. 




Rata-rata netizen mengecam tindakan remaja itu yang didakwa tidak tahu bersyukur dan lebih mentingkan diri sendiri.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!