VIDEO - Boyfriend lari, Girlfriend kena rompak sendirian


Pasangan kekasih dirompak, teman lelaki sempat larikan diri

"Satu daripada perompak itu melompat dari motor dan cuba menahan teman lelaki wanita itu, walaubagaimanapun, teman lelaki wanita itu sempat melarikan diri dan meninggalkan wanita itu dirompak sendirian."

Satu rakaman CCTV yang tular di sosial media hari ini memaparkan sepasangan kekasih dirompak ketika sedang berjalan kaki berdua-duaan oleh dua orang lelaki bermotorsikal. 

Ketika kejadian, dilihat kedua pasangan itu sedang berpegangan tangan sebelum didatangi dua orang perompak bermotorsikal. 

Satu daripada perompak itu melompat dan cuba menahan teman lelaki wanita itu, walaubagaimanapun, teman lelaki wanita itu sempat melarikan diri dan meninggalkan wanita itu dirompak sendirian. 

Perompak yang bersenjatakan pisau berjaya merompak beg serta telefon pintar wanita tersebut tanpa berlaku sebarang pergelutan. 




Video rakaman CCTV itu tular di sosial media dan rata-rata netizen mengecam dan melabelkan lelaki tersebut sebagai pengecut kerana sanggup tinggalkan kekasihnya dirompak seorang diri.- Agensi 

MEXICO



@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE