VIDEO - Dua suspek ragut wanita dalam restoran diburu polis


Dua suspek ragut wanita dalam restoran diburu polis

“Polis Gombak kemudian menerima satu laporan polis daripada seorang perempuan warga tempatan berumur 57 tahun yang menjadi mangsa dalam kejadian tersebut"

KUALA LUMPUR – Polis memburu dua lelaki yang meragut seorang wanita di Batu Caves, Selangor pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya telah terkesan satu video tular berdurasi 16 saat di laman sosial yang memaparkan kejadian tersebut.

“Polis Gombak kemudian menerima satu laporan polis daripada seorang perempuan warga tempatan berumur 57 tahun yang menjadi mangsa dalam kejadian tersebut.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku pada 18 Jun lalu jam lebih kurang 6.40 petang di sebuah restoran di alamat Jalan SJ 3, Taman Selayang Jaya, 68100, Batu Caves,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, siasatan lanjut mendapati suspek merupakan dua lelaki dipercayai warga tempatan menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135.

Katanya, dalam kejadian itu salah seorang suspek telah masuk ke dalam restoran dan merampas beg tangan mangsa yang berada di atas pahanya.

“Suspek kemudian telah melarikan diri dengan menaiki motosikal yang menunggu di luar restoran tersebut,” ujarnya.

Menurut Zainal Mohamed, kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melakukan rompak berkumpulan dan jika disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh boleh sampai dua puluh tahun dan sebat.




Orang ramai mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut boleh berhubung Pegawai Penyiasat, Insp Nur Azrul Amirul Mustafa di talian nombor 03-61262222 atau 011-12300778.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE