VIDEO - Niat nak belanja wanita, tak pasal jadi kes polis


Niat nak belanja kopi untuk wanita, tak pasal jadi kes polis

"Lelaki baling kopi panas ke muka penjual kerana enggan terima duit setelah malu ditolak pelawaan 'belanja kopi' oleh pelanggan wanita"

Tular satu rakaman cctv di sebuah cafe seorang lelaki membaling secawan kopi panas ke arah penjual.

Sebelum kejadian, dilihat suspek dan seorang wanita asing sedang menunggu giliran untuk membeli secawan kopi. Suspek yang berbaju putih hendak melakukan kebaikan dengan cuba membayar kopi wanita tersebut namun wanita itu menolak dengan baik. 

Namun lelaki itu berkeras mahu membayarkan kopi wanita tersebut dan cuba memberi duit tersebut kepada penjual kopi. Penjual kopi menghormati keputusan wanita tersebut dengan tidak menerima duit lelaki berkenaan. 

"5 dollar sahaja tak apa saya tolong bayarkan..." kata suspek

"Tidak, terima kasih" kata wanita berkenaan

"Tak apa ambil saja duit ini saya bayarkan kopi wanita tu" kata suspek kepada penjual kopi

"Maaf cik, saya menghormati keputusan pelanggan wanita untuk tidak menerima duit ini" kata penjual kopi

Berang ditolak berkali-kali oleh penjual kopi, suspek membaling kopi panas ke arah muka penjual kopi tersebut kerana malu pelawaannya untuk membayar kopi wanita berkenaan ditolak.

Penjual kopi segera melaporkan kepada pihak polis atas serangan lelaki terbabit dan menyerahkan rakaman cctv sebagai bahan bukti. Pihak polis telah membuka kertas siasatan berkaitan insiden itu dan kes disiasat atas kesalahan serangan.






@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE