VIDEO - Pekerja wanita parah dibelasah perompak, ibu suspek dakwa anaknya tak makan ubat gila

Pekerja wanita parah dibelasah perompak, ibu suspek dakwa anaknya tak makan ubat gila

"Dia iblis! Saya pernah nampak dia beberapa kali dari luar kedai memerhatikan saya dan dia pernah beritahu pengurus kedai bahawa dia akan membunuhnya" - mangsa

PHOENIX - Tular satu berita berkenaan dengan seorang pekerja wanita di sebuah kedai telefon pintar parah dibelasah dan dipijak oleh perompak beberapa kali ketika mencuri barangan kedai serta barangan peribadi milik mangsa.

"Apabila (pegawai polis) sampai di lokasi kejadian, mereka dapati seorang wanita yang berlumuran darah terbaring di atas lantai sebaik menerima panggilan kecemasan."

Mangsa memberitahu polis bahawa ketika kejadian tidak ada pengunjung yang ramai sebelum didatangi seorang lelaki yang tiba-tiba menyerangnya dengan menumbuk muka mangsa. 

Mangsa berusia 22 tahun itu ditumbuk, ditendang serta dipijak perompak berkali-kali mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan yang teruk pada bahagian muka,dada serta perut. 


Selepas suspek menyerang mangsa, suspek merampas beberapa peralatan dan wang tunai termasuk barangan peribadi mangsa. Mangsa hanya mampu mengosor kerana kesakitan dan membuat panggilan kecemasan. Namun suspek telah melarikan diri sebelum polis tiba. 

Menerusi rakaman CCTV di kedai tersebut pihak polis berjaya mengesan suspek dengan jelas. Tiga hari kemudian suspek berjaya diberkas dan ditahan bagi membantu siasatan. 

Suspek yang berusia 33 tahun itu berdepan pelbagai tuduhan seperti menyerang,merompak,mengugut serta ancaman.


Ibu suspek memberitahu pihak polis bahawa anaknya lupa untuk makan ubat gila. Suspek pernah berhalusinasi untuk membunuh dirinya sendiri.

"Dia iblis! Saya pernah nampak dia beberapa kali dari luar kedai memerhatikan saya dan dia pernah beritahu pengurus kedai bahawa dia akan membunuhnya"

"Namun tiada sesiapa buat laporan polis berkaitan ugutan pertama itu kerana dianggap hanya bergurau.

"Hingga tiada seorang pengunjung pada hari kejadian, baru dia masuk dan terus menyerang saya sebelum mencuri beberapa peralatan dalam kedai serta wang tunai dan barangan peribadi saya" - mangsa




Netizen yang bersimpati dengan mangsa melancarkan tabung amal bagi mengutip derma membantu kos rawatan mangsa sebanyak $11,861.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE