VIDEO - Pemuda tak sempat rompak wanita, dibelasah penumpang bas yang lalu

Pemuda tak sempat rompak wanita, dibelasah penumpang bas yang lalu

Cubaan seorang pemuda berusia 22 tahun merompak wanita yang sedang berjalan seorang diri gagal apabila lelaki itu dibelasah sekumpulan penumpang bas yang kebetulan melalui jalan yang sama.

Mangsa berusia 36 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan namun hanya sesak nafas kerana ketakutan. 

Melihat suspek dipukul oleh para penumpang bas, kawan kepada suspek yang berusia 25 tahun turut masuk campur dalam pergaduhan itu dengan mengancam mereka menggunakan botol.

Kedua-dua suspek tersebut beredar dari lokasi kejadian namun keduanya ditahan pihak polis di kediaman masing-masing apabila mangsa dan saksi membuat laporan polis beserta bukti yang kukuh iaitu rakaman CCTV.




Keduanya ditahan atas cubaan merompak dengan mencederakan, ancaman serta subahat.

BRAZIL

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE