VIDEO - Penculik merayu untuk merogol mangsa namun ditolak

Wanita 19 tahun diculik ketika memetik buah betik, penculik merayu untuk merogol mangsa namun ditolak

"Ketiga-tiga penculik itu memujuk dan merayu wanita itu supaya melakukan hubungan intim dengan mereka tetapi ditolak dan wanita itu cuba melawan. Penat merayu, mereka memukul wanita itu dengan botol bir dan mencekiknya sebelum ditinggalkan sendirian di tengah jalan selama sehari..."

Tular satu video di sosial media hari ini memaparkan seorang wanita yang berusia 19 tahun ditemui orang kampung dalam keadaan terduduk sambil menangis dengan kaki dan tangannya terikat serta mulutnya disumbat dengan kain kawasan Beji Puseh, Desa Nyitdah, Kecamatan Kediri, Kabupaten Tabanan. 

Wanita itu diculik oleh tiga orang lelaki dipercayai untuk dirogol sebelum wanita itu ditinggalkan dalam keadaan terikat. 

Sebelum kejadian, wanita itu berjalan sendirian di kawasan kebun miliknya untuk memetik buah betik. Tiba-tiba datang 3 orang lelaki menyerkap kepalanya dengan guni dan dilarikan menggunakan kereta.

Semasa dalam kereta kaki dan tangan wanita itu diikat dan disumbat mulutnya dengan kain. Dia dibawa ke suatu tempat untuk dirogol. 

Ketiga-tiga lelaki itu memujuk dan merayu wanita itu untuk melakukan hubungan intim dengan mereka tetapi ditolak dan wanita itu cuba melawan. 

Berang dengan penolakkan itu, mereka memukulnya dengan botol dan mencekiknya sebelum ditinggalkan wanita itu dalam keadaan lemah dengan kaki dan tangan terikat mulut disumbat dengan kain di tengah jalan kampung selama sehari sebelum ditemui orang kampung.




Keluarga mangsa telah membuat laporan polis dan ketiga-tiga suspek sedang diburu.

Sumber : Liputan 7


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE