VIDEO - Tahan lelaki ceroboh tanah perkuburan, polis siasat motif kejadian

Tahan lelaki ceroboh tanah perkuburan, polis siasat motif kejadian

"Menurutnya, berdasarkan rakaman itu, seorang lelaki bertindak luar kawalan dengan menceroboh dan melakukan khianat di sekitar kawasan perkuburan tesebut."

BAGAN SERAI - Seorang lelaki ditahan selepas disyaki menceroboh dan melakukan khianat di kawasan tanah perkuburan Kampung Jaya Semanggol di sini yang videonya tular di media sosial.

Lelaki berusia 36 tahun itu ditahan hasil maklumat awam sekitar jam 9 pagi pada 9 Jun lepas.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, video berdurasi satu minit 21 saat itu telah dikesan dimuat naik dalam media sosial pada 8 Jun lepas.

Menurutnya, berdasarkan rakaman itu, seorang lelaki bertindak luar kawalan dengan menceroboh dan melakukan khianat di sekitar kawasan perkuburan tesebut.

"Hasil siasatan dan semakan video itu mendapati, suspek tinggal berdekatan kawasan itu.

"Lelaki itu telah ditahan bagi siasatan lanjut," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.




Beliau berkata, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 297 Kanun Keseksaan.

"Motif kejadian masih dalam siasatan," katanya.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE