VIDEO - Wanita cedera parah dibelasah suami dan keluarga mertua kerana tidak melahirkan anak lelaki

Wanita cedera parah dibelasah suami dan keluarga mertua kerana tidak melahirkan anak lelaki

"Suami dan keluarga mertua memukul saya kerana tidak melahirkan anak lelaki sebaliknya melahirkan dua anak perempuan"- mangsa

Wanita di Mahoba daerah Uttar Pradesh hari ini dilaporkan cedera parah akibat dibelasah suami dan keluarha mertua kerana tidak melahirkan anak lelaki sebaliknya melahirkan dua anak perempuan.

Video yang tular di sosial media itu memaparkan mangsa dipukul dam disepak oleh dua anggota keluarga mertuanya sambil merayu henti memukulnya.

Suami istri ini sudah mendirikan rumah tangga selama 10 tahun dan pada tangga awal pernikahan mereka sangat bahagia sehingga semuanya berubah pada kelahiran anak pertama mereka iaitu perempuan.

Sejak itu suaminya sering memalukan mangsa di hadapan keluarga mertuanya dan dianggap tidak berguna. Tak cukup dengan itu, keluarga mertuanya juga turut memalukan mangsa di hadapan orang ramai.

"Saya pernah melakukan apa saja untuk senangkan hati suami dan keluarganya dengan menjaga dan merawat anak saudara"

Penghinaan bertambah terhadap mangsa apabila mangsa melahirkan anak keduanya yang juga perempuan menyebabkan suami dan keluarga mertuanya terus mencaci maki serta tidak memberi mangsa makan.

Lebih parah lagi suaminya sering memukul dan menghinanya selain dibelasah ahli keluarga mertuanya. Mangsa dianggap pembawa malang dan tidak berguna kerana gagal melahirkan anak lelaki.

Video yang tular itu dipukul oleh kedua ahli keluarga mertuanya sambil disaksikan penduduk kampung. Penduduk kampung enggan masuk campur kerana itu urusan keluarga kata mereka. 

Kesan daripada hentaman itu, mangsa mengalami cedera parah di seluruh anggota badan dan dikejarkan ke hospital. Pihak keluarga mangsa telah membuat laporan polis berkaitan dengan penganaiyaan suami dan keluarga mertua terhadap mangsa. 

Demi membesarkan kedua anak perempuanya, mangsa terpaksa bekerja sendiri sebagai buruh tanpa dibantu suaminya.










@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE