Wanita Hampir Putus Dua Tangan & Retak Tempurung Kepala ‘Dibantai’ Suami


Wanita Hampir Putus Dua Tangan & Retak Tempurung Kepala ‘Dibantai’ Suami

"Tiba-tiba, adik diheret ke luar bilik terus ke dapur sebelum kepalanya dihentak ke simen serta ditik4m dengan pisav sehingga rebah."

Seorang wanita di Chabang Empat, Tumpat, Kelantan, hampir putus kedua-dua tangannya, selain retak tempurung kepala dan luka di beberapa bahagian badan selepas ditik4m suaminya.

Mangsa, 26 tahun menjalani pembedahan hampir lapan jam dua hari lepas, dan kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan.

Kakak kepada mangsa berkata, mangsa memberitahu bahawa dia dan suami tidak bergaduh.

Sebaliknya mereka berdua yang baru berkahwin Februari lalu memang berdepan masalah rumah tangga. Kedua-duanya menetap di Kampung Morak.

Pada kejadian petang kelmarin, saya tiada di rumah. Adik ada di biliknya sebelum lelaki itu menerjah bilik dan mereka terus bergelut.

Tiba-tiba, adik diheret ke luar bilik terus ke dapur sebelum kepalanya dihentak ke simen serta ditik4m dengan pisav sehingga rebah.

Tambahnya lagi, ibu kepada mangsa yang cuba menghalang turut mengalami lvka di kepala
sepanjang 4cm dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Katanya, mangsa pernah menyuarakan rasa ingin berpisah dengan suaminya, dan pernah menerima ugutan akan ditik4m ketika berselisih faham.

Kami tidak sangka masalah mereka akan berakhir dengan tragedi. Emak yang sebelum ini menyara keluarga dengan menjual kuih sudah tidak mampu bekerja disebabkan kejadian itu selain trauma.
Apa yang kami harapkan adalah pembelaan buat adik kerana dia mungkin akan mengalami kecacatan kekal kerana dua belah tangannya hampir putus dalam kejadian itu dan doktor sedang cuba yang terbaik.
Dalam kejadian pada Selasa, jam 6.35 petang, lelaki berusia 27 tahun itu menikam isteri dan ibu mentuanya dipercayai akibat perselisihan faham.

Lelaki terbabit ditahan polis di Lembah Sireh, Kota Bharu, pagi semalam, dan semakan mendapati suspek memiliki empat rekod lampau. Suspek ditahan direman hingga 25 Jun ini.

Sumber: FMT

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE