Anak OKU ditinggal ibu kandung


Ibu kandung tinggalkan anak OKU berusia 8 tahun di Hospital

"Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Klang mencari waris seorang kanak-kanak lelaki bernama Ehsan, 8, yang ditinggalkan oleh ibu kandung di bahagian kecemasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR)"

KLANG - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Klang mencari waris seorang kanak-kanak lelaki bernama Ehsan, 8, yang ditinggalkan oleh ibu kandung di bahagian kecemasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini.

Pelindungnya, Zaidi Zakaria berkata, kanak-kanak tersebut kemudiannya ditempatkan di bawah jagaan Taman Sinar Harapan Jitra, Kedah kerana dia merupakan kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) terlantar.

Menurutnya, perintah penjagaan kanak-kanak warga Indonesia itu di pusat jagaan tersebut dimeterai pada 25 April 2019 dan tamat pada 24 April 2022 lalu.

Zaidi menerusi satu kenyataan turut mengesyorkan Ehsan diletakkan di bawah jagaan sementara di institusi sama selama sebulan sepertimana di bawah Subseksyen 25(2) Akta Kanak-kanak 2001 untuk pelindung menjalankan siasatan baharu dan penyediaan laporan.

"Kami memohon jika ibu kandung atau waris kanak-kanak muncul untuk menuntut semula kanak-kanak ini sebelum penempatan sewajarnya dibuat dalam mengambil kira kebajikan dan masa depannya.

"Sebarang maklumat dan pertanyaan boleh menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Klang atau Pelindung Kanak-Kanak Daerah Klang, Zaidi Zakaria di talian 03-33413703 di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Klang," katanya pada Khamis.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE