Anak rebah ketika berkawad, bapa bantu anak kembali berdiri


Anak rebah ketika berkawad, bapa bergegas mengangkat anaknya kembali berdiri


 Meskipun badan ayahnya dimamah usia, anaknya dipapah, bingkas dibantu berdiri sambil badan menjengah lebih separuh abad itu menjadi benteng daripada anaknya kembali rebah. ”


Seorang Ayah. Sukar nak tunjuk kasih sayang secara terbuka. Namun dalam diam… Lihatlah sendiri.. 


Kasihnya ayah. Berkorban nyawa. Biarlah jiwa.

Akan tersiksa. Ikhlas dan rela. Asalkan bahagia. 


Banyak yang tersirat di sebalik turutan gambar ini. Ketika terkujurnya anak tatkala berkawad, kerana menahan terik mentari, berlari si ayah menerpa dari arah khemah tetamu. 


Sehingga terlucut selipar yang disarung, namun tidak diendahkan, asalkan beliau berada di sisi anak dalam sekelip mata.


Yang hadir di padang kawad sempena Hari Penguat Kuasa KPDNHEP di Maktab Penjara Kajang, pagi tadi menjadi saksi, betapa kasih agung seorang ayah kepada anaknya. 


Yang bermain di fikiran ketika terlihat perkara itu, sama ada ayah ingin mengusung anaknya keluar barisan. Ternyata sangkaan sedemikian meleset.


Meskipun badan ayahnya dimamah usia, anaknya dipapah, bingkas dibantu berdiri sambil badan menjengah lebih separuh abad itu menjadi benteng daripada anaknya kembali rebah. 


Melihatkan pengorbanan tidak terperi seorang ayah, berjurai air mata hadirin membasahi pipi masing-masing. Saya tidak terkecuali. 










Kepada mereka yang masih mempunyai insan bergelar ayah - hargai, sayangi dan santunilah selagi hayatnya dikandung badan. #abampenguatkuasa


Sumber: YB DATO SRI ALEXANDER NANTA LINGGI dan MalDef


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE