Anak Tergamak Tikam Leher Ibu Hingga Maut


Anak Tergamak Tikam Leher Ibu Hingga Maut

Mangsa yang baharu kematian suami kira-kira sebulan lalu disahkan maut dilokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian leher dipercayai ditik4m anak lelakinya berusia 40-an menggunakan sebilah pisa4u.


TANGGA BATU: Seorang warga emas m4ut selepas dipercayai ditik4m di leher oleh anak kandungnya dalam kejadian di Kampung Paya Luboh di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa yang juga pesara guru ditemui di dalam bilik tidur kediamannya dalam keadaan berlumuran darah.


Mangsa yang baharu kematian suami kira-kira sebulan lalu disahkan maut dilokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian leher dipercayai ditik4m anak lelakinya berusia 40-an menggunakan sebilah pisa4u.


Saksi yang juga jiran berdekatan berkata, kejadian disedari selepas adik perempuan suspek yang turut berada di dalam kediaman berkenaan menjerit meminta tolong sebelum orang ramai membantu menahan suspek.

Ketika ini pasukan polis dan unit forensik masih berada di lokasi kejadian.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE