Disangka gadis cantik rupanya lelaki


Ramai tertipu dengan filter, Disangka gadis cantik rupanya lelaki

"Namun, tipu muslihatnya ini disedari oleh pengguna media sosial yang terlihat lengan ‘gadis rider’ kelihatan sangat maskulin pada salah satu foto yang disiarkannya."

Aduh! ramai kecewa dan ‘frust menonggeng’ apabila seorang rider wanitacantik dari Jepun ini mendedahkan identitinya yang sebenar. Ini kerana rider wanita cantik ini ternyata rupanya seorang lelaki berusia 50 tahun!


Gamar-gambar rider ‘wanita’ cantik yang sering dimuat naik oleh selama ini rupanya diedit menggunakan aplikasi seperti FaceApp untuk menjadikan dirinya kelihatan seperti wanita cantik yang lebih muda.


Ini kerana lelaki ini beranggapan tidak ramai yang mahu melihat gambar sebenarnya yang lebih berusia.

Namun, tipu muslihatnya ini disedari oleh pengguna media sosial yang terlihat lengan ‘gadis rider’ kelihatan sangat maskulin pada salah satu foto yang disiarkannya.


Ia sekaligus menyebabkan stesen televisyen memulakan pencarian ‘gadis rider’ itu sehinggalah tembelang sebenar diketahui.

Lelaki berusia 50 tahun dengan rambut panjang, menggunakan nama Twitter @azusagakuyuki memperoleh lebih 33 ribu pengikut, sebelum ini sering berkongsi gambar memakai jaket kulit dengan motosikal miliknya.

Zonggu berkata, beliau beralih ke aplikasi perubahan wajah kerana mahu menambah pengikut di media sosial beliau. Di bawah ini adalah wajah sebenarnya.


Beliau memberitahu stesen TV bahawa beliau rasa seronok menjadi ‘selebriti’ atas talian, meskipun terpaksa menipu ramai.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE