Doktor Bius Rogol Wanita Hamil Ketika Pembedahan Caesarean Dijalankan

Doktor Bius Rogol Wanita Hamil Ketika Pembedahan Caesarean Dijalankan

"Suspek lelaki yang berusia 32 tahun itu dilaporkan telah ditahan kerana disyaki merogol selepas tindakannya memasukkan zakar ke dalam mulut wanita tersebut dirakam."

Seorang wanita hamil didakwa telah dirogol oleh doktor biusnya ketika menjalani pembedahan caesarean di sebuah hospital di sini.

Suspek lelaki yang berusia 32 tahun itu dilaporkan telah ditahan kerana disyaki merogol selepas tindakannya memasukkan zakar ke dalam mulut wanita tersebut dirakam.

Menurut The Sun, suspek baru sahaja menamatkan latihan perubatannya dalam bidang anesthesia pada dua bulan lalu.

Oleh kerana bimbang mengenai jumlah dos yang diberikan kepada mangsa, kakitangan hospital dilaporkan bertindak memasang kamera secara rahsia untuk melihat apa yang cuba dilakukannya.

Mereka tergamam sejurus mengetahui suspek telah menyerang mangsa secara seksual ketika doktor lain melakukan pembedahan Caesarean terhadap mangsa yang kurang dari satu meter di belakang tirai pembedahan.

Suspek dilaporkan menyerang mangsa selama hampir sepuluh minit.

Clovis Bersot Munhoz , presiden Cremerj Clovis Bersot Munhoz mengklasifikasikan serangan tersebut sebagai satu tindakan yang tidak boleh diterima akal.


Yayasan Kesihatan Rio de Janeiro dan Setiausaha Kesihatan Negara memberitahu bahawa siasatan dalaman akan dibuat untuk tindakan susulan.


Pihak hospital memberikan sokongan penuh kepada mangsa dan keluarganya.

“Tingkah laku ini merupakan jenayah yang mesti dihukum mengikut undang-undang,” ujarnya.

Pihak polis juga dilaporkan sedang menyiasat sama ada terdapat mangsa lain atau tidak dan memuji tindakan yang dilakukan oleh kakitangan hospital sejurus menyedari tingkah laku peliknya. - Agensi

Brazil

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE