Dua bayi ditinggalkan ibu kandung selepas dilahirkan di 2 lokasi berbeza

Dua bayi ditinggalkan ibu kandung selepas dilahirkan di 2 lokasi berbeza

"Bayi lelaki dilahirkan dan ditinggalkan dalam tandas. Manakalau bayi perempuan (pramatang) ditinggalkan di hospital selepas dilahirkan"

Melaka : Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Melaka Tengah mencari waris bayi lelaki yang ditinggalkan di tandas Medan Selera Tun Tuah, Kampung Lapan, di sini, pada awal bulan ini.

Bayi itu dipercayai ditinggalkan ibu kandungnya sejurus dilahirkan di dalam tandas berkenaan, jam 12.40 tengah hari, 9 Julai lalu, sebelum ditemukan orang awam

JKM dalam kenyataannya memaklumkan bayi terbabit ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri atau nota daripada penjaganya.

"Mereka yang mempunyai maklumat mengenai bayi ini boleh berhubung dengan JKM daerah Melaka Tengah di talian 06-2324797," katanya.


Sementara itu, JKM Daerah Alor Gajah turut mengesan waris bayi perempuan pramatang yang ditinggalkan ibu kandungnya dipercayai warganegara Indonesia selepas dilahirkan di Hospital Melaka pada April lalu.

Menurutnya, wanita dikenali sebagai Maria Victoria Dos S Bello itu melarikan diri dari hospital ketika bayinya sedang mendapat rawatan di nuseri hospital terbabit.

"JKM membawa bayi itu ke Mahkamah Majistret Alor Gajah untuk mendapatkan perintah jagaan sementara mengikut Seksyen 19(2) Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2016) dan kini ditempatkan di Institusi Rumah Tunas Kasih Tun Abdul Aziz, Durian Daun," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan waris bayi terbabit boleh menghubungi Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Alor Gajah atau Pelindung Kanak-kanak Alor Gajah di talian 06-5561267.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE