Ibu dipenjara 20 tahun bunuh dua anak akibat masalah kewangan

Ibu dipenjara 20 tahun bunuh dua anak akibat masalah kewangan

"Dia kemudian cuba membunuh diri tetapi gagal..."

Seorang ibu berusia 41 tahun dijatuhi 
hukuman penjara 20 tahun pada Rabu kerana membunuh dua anak lelakinya berumur 8 dan 7 tahun akibat dihimpit masalah kewangan.

Sebuah mahkamah di selatan Seoul mendapati tertuduh, yang identitinya dirahsiakan, bersalah membunuh anaknya di rumahnya pada April lalu, menurut Agensi Berita Yonhap.

Dia kemudian cuba membunuh diri tetapi gagal.


"Defendan menjalani kehidupan yang sukar dan dilanda kebimbangan tetapi mahkamah tidak menerima alasan tertuduh," menurut mahkamah itu.

Mahkamah turut memaklumkan bahawa tertuduh tidak berusaha untuk mengatasi kesukaran hidup seperti mencari pekerjaan atau mendapatkan bantuan psikoterapi. - Bernama

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE