Meraung, menangis melihat jenazah keluarga

Meraung, menangis melihat jenazah keluarga

"Wanita terbabit dipercayai anak kepada pasangan suami isteri yang terkorban dalam tragedi itu bersama dua lagi adik-beradiknya."

Ipoh: Suasana pilu menyelubungi pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) apabila seorang wanita meraung dan menangis selepas melihat jenazah keluarganya yang maut dalam kemalangan di Kilometer (km) 277.1 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), dekat sini, petang tadi.

Difahamkan, wanita terbabit dipercayai anak kepada pasangan suami isteri yang terkorban dalam tragedi itu bersama dua lagi adik-beradiknya.


Seorang lagi dipercayai anak lelaki pasangan suami isteri itu belum tiba, namun beberapa ahli keluarga mangsa sudah menunggu di pekarangan di hospital berkenaan sejak 7 petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang tadi, empat maut dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di lokasi kejadian.


Empat mangsa iaitu seorang lelaki dan tiga wanita disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan.

Mereka yang terkorban dalam kemalangan itu ialah Rahim Ramli, 60, Siti Petimah Omar, 59, Nor Hadirah Rahim, 28, dan Nor Hamizah Rahim, 27.

Kesemua mangsa yang berasal dari Sungai Petani, Kedah itu dijangka dikebumikan di Permatang Pauh selepas tuntutan jenazah selesai.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE