Murid patah kaki dakwa dihempas guru


Murid patah kaki dakwa dihempas guru

"Seorang murid lelaki patah kaki kanan dan mendakwa akibat dihempas seorang guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA)"

Marang: Seorang murid lelaki patah kaki kanan dan mendakwa akibat dihempas seorang guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) dalam kejadian di sebuah sekolah di daerah ini.

Kejadian dipercayai berlaku pada 6 Julai lalu ketika mangsa berusia sembilan tahun berada di sekolah berkenaan.

Menurut sumber, kejadian menimpa mangsa disedari ibunya berusia 36 tahun kira-kira jam 5 petang hari yang sama selepas anaknya mengadu kakinya sakit.

Katanya, mangsa memaklumkan suspek bertindak mengangkat dan menghempasnya di atas kerusi sehingga kaki kanannya sakit.

"Suspek dikatakan bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan perlakuan mangsa ketika berada di dalam kelas.

"Mangsa kemudian dibawa ke sebuah klinik untuk rawatan sebelum disahkan patah kaki kanan dan satu laporan polis dibuat pada Jumaat lalu untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE