Pemilik kelab komedi dakwa diugut, netizen dakwa pemilik play-victim

Pemilik kelab komedi dakwa diugut, netizen dakwa pemilik play-victim

"Ugutan yang dituju kepada pengadu itu disyaki ada kaitan dengan kes sebuah kelab komedi disimbah cat," katanya

PETANG JAYA - Polis mengesahkan telah menerima laporan daripada seorang pemilik kelab komedi yang mendakwa keluarganya menerima ugutan bunuh.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, laporan itu dibuat oleh individu berkenaan pada Selasa.

"Ugutan itu diterima oleh isteri pengadu daripada seorang lelaki yang tidak dikenali.

"Ugutan yang dituju kepada pengadu itu disyaki ada kaitan dengan kes sebuah kelab komedi disimbah cat," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mohamad Fakhrudin berkata, kes di siasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Pada Rabu, sebuah portal berita melaporkan lelaki itu membuat laporan tersebut selepas isterinya menerima satu ugutan bunuh di telefon bimbitnya pada jam 4 pagi Selasa.

Difahamkan lelaki itu membuat laporan tersebut di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail pada jam 5 petang Selasa kerana bimbang keselamatan ahli keluarganya.

Pada Selasa, media melaporkan sebuah kelab komedi telah disimbah catberwarna hitam dan merah oleh dua individu.

Kelab komedi itu terpalit dengan kontroversi selepas tular video berdurasi 54 saat memaparkan seorang wanita menanggalkan tudung dan pakaian ketika membuat persembahan stand up comedy (komedi solo) sekali gus menerima kecaman daripada orang ramai.

Pada 13 Julai lalu, wanita terbabit, Siti Nuramira Abdullah, 26, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menimbulkan rasa tidak harmoni dalam kalangan masyarakat Islam ketika melakukan persembahan di kelab komedi berkenaan pada 4 Jun lalu.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE