Penceramah bebas disyaki rogol remaja 14 tahun

Penceramah bebas disyaki rogol remaja 14 tahun

"Bermula daripada perkenalan tersebut, pengadu dan suspek telah beberapa kali melakukan hubungan intim di beberapa lokasi yang berbeza.

Kuala Selangor: Seorang penceramah bebas ditahan polis, semalam selepas dipercayai terbabit kes rogol perempuan berusia 14 tahun.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi Subramaniam berkata, suspek berusia 30-an itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada 4.50 petang.

Beliau berkata, penceramah bebas itu direman selama lima hari hingga 23 Julai bagi membantu siasatan.

"Kebenaran reman itu diperoleh daripada Mahkamah Majistret Sungai Besar bagi membolehkan siasatan lanjut ke atas suspek dapat dijalankan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, terdahulu pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada remaja perempuan terbabit pada 11.15 malam, 16 Julai lalu.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati mangsa berkenalan dengan suspek sejak Mei tahun lalu.

"Bermula daripada perkenalan tersebut, pengadu dan suspek telah beberapa kali melakukan hubungan intim di beberapa lokasi yang berbeza.

"Setakat ini, empat kertas siasatan telah dibuka iaitu dua di Selangor, satu di Kuala Lumpur dan satu di Perak melibatkan pengadu yang sama," katanya.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE