Penghantar Makanan Hina agama Islam didenda RM 50,000
"Yang ni confirm takda kutipan dana awam, meringkuk la jawabnya" - netizen
Padah membuat hantaran jelik menghina agama Islam di aplikasi YouTube, seorang penghantar makanan didenda RM50,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang.
Hakim, Ahmad Rizki Abdul Jalil membuat keputusan itu terhadap Mohd Nor'muzil Mohd Razalli, 39, pada Khamis.
Dalam keputusannya, Ahmad Rizki turut mengarahkan Mohd Nor'muzil menjalani hukuman penjara enam bulan penjara sekiranya gagal membayar denda tersebut.
BERITA LANJUT AKAN MENYUSUL
@liputan_7